Jam Casio Kiblat : Jam tangan berkualiti tinggi pada harga yang amat berpatutan


Posting kali ini, saya akan membuat ulasan untuk menerangkan kelebihan & fungsi utama Jam Casio Kiblat.


Kotak di bahagian luar jam ini ditulis di dalam bahasa Arab, sesuai dengan fungsi utamanya iaitu sebagai penunjuk arah kiblat yang terletak di Kota Mekah. Gambar Ka'abah yang mulia itu menghiasi bahagian luar kotak jam ini. Berbanding dengan packaging lama, packaging baru lebih mudah difahami maksudnya dengan lebih jelas. Merujuk kepada hiasan luaran kotak, kita sudah dapat mengetahui serba sedikit fungsi utama Jam Casio Kiblat ini :)



Kotak di bahagian dalam telah diperbaharui dengan lebih baik. Disalut dengan proper watch box berwarna hijau, ia kelihatan lebih kemas & elegan standing dengan kualiti jam ini.

Kita lihat fungsi pada butang “ADJUST” pada bahagian kiri atas jam. Terdapat 3 pilihan untuk kita pamerkan di bahagian digital jam iaitu kalender Hijriah, kalender Masihi dan waktu semasa.

Fungsi butang MODE

Di bahagian bawah butang “ADJUST” pula ialah butang “MODE”. Dengan menekan butang “MODE”, terdapat 6 fungsi pilihan untuk kita paparkan di bahagian digital jam.

Pilihan yg pertama adalah waktu solat pada hari tersebut. Jarum saat (berwarna merah) akan berpusing ke arah waktu solat pada hari tersebut. Untuk melihat setiap waktu solat hanya perlu tekan butang “ADJUST" sehingga jarum saat bergerak ke arah waktu solat yg kita kehendaki. Untuk melihat waktu solat pada hari yg berlainan pula, kita perlu tekan butang “SALAT” untuk hari seterusnya & butang “QIBLA” untuk hari sebelumnya pula.

Pilihan kedua pula adalah “Moon Age”. “Moon Age” merupakan fungsi tambahan yang tidak terdapat pada model sebelum ini. Terdapat juga beberapa ciri-ciri tambahan lain yang turut disediakan pada model terbaru Jam Casio Kiblat seperti yg akan diterangkan di bawah nanti.

Pilihan ketiga pula “Thermo” yang berfungsi seperti thermometer sebagai penunjuk suhu. Sepanjang penggunaan Jam Casio Kiblat ini, paparan suhunya boleh dikatakan agak tepat, Cuma jika memerlukan bacaan lebih tepat perlu mengambil beberapa bacaan.

Pilihan keempat adalah “Alarm”. Terdapat 5 waktu alarm tersedia untuk kegunaan apabila diperlukan.

Seterusnya ialah fungsi “Stopwatch”. Seperti biasa, Casio menambah baik ciri-ciri baru jam ini berbanding versi sebelum ini.

Dan pilihan paparan yang terakhir & merupakan ciri-ciri terbarunya ialah fungsi “Timer”. Bolehlah digunakan untuk sesiapa yg sering menggunakan timer dalam aktiviti seharian.

Fungsi butang Qibla

Pada bahagian kanan atas jam adalah butang “QIBLA”, fungsi utama Jam Casio Kiblat ini. Dengan hanya menekan pada butang ini, jarum saat akan berputar menunjuk kearah kiblat. Jam perlu diletakkan di permukaan rata untuk bacaan yg lebih tepat.


Di bawah butang “QIBLA” pula adalah butang “SALAT”. Dengan menekan butang "SALAT", waktu solat semasa akan dipaparkan. Perhatikan jarum saat berwarna merah yg menunjuk ke arah "Fajr" (Subuh) manakala paparan digital akan menunjukkan waktu solat tersebut. Untuk melihat waktu solat yg lain pula, hanya perlu tekan butang “ADJUST” sehingga jarum saat bergerak ke arah waktu solat yg kita kehendaki.


Di bahagian belakang jam kita dapat lihat caseback yg simple, sepertimana kebiasaan jam-jam Casio yang lain.


Pada bahagian tengah antara butang “QIBLA” dan “SALAT” terdapat butang “LIGHT” di mana ia berfungsi untuk melihat waktu digital jika berada di kawasan gelap. Bahagian analog jam (jarum & penanda waktu) adalah terang di dalam gelap (Glow in the dark) & tidak memerlukan cahaya utk dilihat ketika kita berada di kawasan yg gelap.

Model ini adalah versi Resin Band dengan push button yg memudahkan operasi. Terdapat beberapa versi lain yang tuan-tuan boleh dapatkan maklumatnya di sini:

https://www.facebook.com/Jam.Casio.Kiblat.Malaysia/

Kesimpulannya, Jam Casio Kiblat versi kedua ini penuh dengan ciri-ciri baru yang tidak terdapat pada model sebelum ini. Model baru ini telah dinaik taraf dengan fungsi-fungsi baru yang amat diperlukan oleh setap pengguna. Secara ringkasnya, berikut saya senaraikan ciri-cirinya terbaru yang tiada di dalam model lama :

1) Analog + Digital
2) Pelbagai variasi model
3) Fungsi Moon Age
4) Fungsi stopwatch
5) Fungsi timer
6) Fungsi Thermometer
7) Fungsi Alarm

Untuk mendapatkan Jam Casio Kiblat ini, anda boleh mendapatkannya dengan harga yang amat berpatutan di SINI.

Comments

Popular posts from this blog

Garmin’s new fēnix Chronos watches keep the time for your next adventure

New Ducati XDiavel Concept

Polar’s M600 is the first Android Wear-based, hardcore fitness watch